“Impiannya hanya mahu ruang hati di fahami..”- Haleeda Bertemu Puteri Balqis.

Terdahulu, kisah pelakon kanak-kanak berusia 12 tahun ini yang mengidap sakit kronik dan terpaksa menyara kehidupan dengan menjual hasil penulisan mendapat perhatian masyarakat.

Selepas tular kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang disiarkan menerusi sedutan program Bersamamu, penyanyi Haleeda mengambil kesempatan bertemu pelakon kanak-kanak ini.Balqis sebelum ini sering memuat naik entri berterima kasih kepada ibunya itu yang dianggap sebagai kekuatannya dalam melawan penyakit yang dihidapinya.

Setelah sekian lama menyepi daripada dunia lakonan, Puteri dilihat berkongsi kesukaran hidup dalam rancangan popular tersebut. Sedikit sedutan daripada program tersebut, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengulas perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana tuhan tidak mahu mereka lupa diri.

Related image

Pertemuan tersebut adalah bagi mengetahui dengan lebih lanjut perihal kisah kehidupannya kini.Jelas Haleeda, Puteri hanya mahu ruang untuk menyampaikan isi hatinya.Antara luahan yang cukup terkesan ialah ‘hatiku telah mati dengan beribu kematian, ia satu keajaiban bagaimana aku masih mampu berdiri tegak dengan cinta dan setiap titisan air mata ibuku.

As Salam duhai hati…Semua atas izinNYA…dan berbual dgn adik @rockingbalqis ..she’s a smart girl,very talented…Impiannya hanya mahu sedikit ruang fahami isi hatinya seperti dlm “38 Poems of Puteri Balqis.Antara luahan adik Puteri ..my heart has died a thousand deaths,its miracle how am i still standing tall with the love and every secret bitter tears of my mother.Setiap apa jua yg berlaku hikmahnya sgt besar bagi hamba2NYA yg sabar..ada jalan penyelesaian dan sinar kebahagian itu …tq @syasya_sasha atas detik hatimu memaklumkan berita adik Puteri…Fii Amanillah,love &Smile.Ikuti #bersamamu #tv3 esok ya. Kpd u all yg mahu dapatkan hasil nukilan adik Puteri,blh check d IG nya ok.DIA MELAHIRKAN RASA DARI HATI YG DALAM*,” kongsinya.

Ibu Balqis sebelum ini pernah membuat pengesahan anaknya itu mengalami masalah hati namun semakin sihat selepas menjalani rawatan.Balqis mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2011 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan.

Foto : Instagram Haleeda / Kredit:MH

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*